Powered By Blogger

Sunday, November 1, 2009

Dilema Medis

Bismillahirrahmanirrahim~.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Selamat pagi dunia, salam satu Malaysia~..

Lepas bace tajuk,baru sedaq ek saye dak medic..ya..sememangnya saya dak medic!!!..( poyo jer~..haha.. sebenaqnya baru pre-medic)..dan jgn pula tergambar dalam fikiran saudara saudari pembaca yang dihormati sekalian dak medic mesti rambutnye mesti belah tgh (bg bros la..sis x tau lak..haha~), rajin2 dan skema2 belaka (majoritinya mungkin begini, =P) serta selalu bawak buku sambil jalan2.. tu sume, x lain x bukan, hanyalah tanggapan manusia pada segelintir dari kami(eh..lala~).tapi tu sume x penting, yg penting mampukah aku menjadi seorang doctor?? yang baik??..medic oh medic.. lu bikin gua delima eh silap2 dilema..
Tempoh hari, saya kerap memikirkan perkara ini. Adakah saya sesuai mengambil bdg ni atau x??..lantas, saya berfikir dan berfikir lalu berserah ke hadrat Ilhai.Hal ini adalah kerana Dialah yang menciptakan segala sesuatu, menetapkan ketentuan dan keputusan makhluknya dan kepadanyalah kita kembali. Sepertimana dalam Ayat Seribu Dinar, firman Allah yg bermaksud: “Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” Surah at-Talaq (65:2-3)
Jadinyer..Ya! Topik perbincangan kita kali ini adalah berkaitan dengan ilmu medical atau perubatan. Bidang perubatan ini merupakan satu cabang ilmu yang cukup mencabar dan bisa menduga jiwa, akal, hati, minda, rohani dan jasmani anda. Bidang ini bukanlah sesuatu bidang yang boleh diketepikan kepentingannya sekaligus diabaikan langsung atau dibuat main-main kerana sudah terbukti bahawa nyawa seseorang dan ni’mat kesihatan seseorang amat bergantung harap pada ilmu ini. Tanpanya, manusia mungkin sukar untuk terus bernafas dengan riang di dunia ini. Jadi, bidang perubatan ini usahlah dipandang remeh dek kerana lokasi operasinya hanya di rumah2 sakit, makmal2,klinik2 mahupun di hospital2. Dan, apakah sebenarnya perubatan ni??.Menurut kamus wikipedia versi one; “Medicine ialah seni dan sains penyembuhan. Ia merangkum segenap peringkat penjagaan kesihatan yang berfungsi mengekalkan dan memulihkan kesihatan dengan pencegahan dan perawatan penyakit.”


Tpi, sblm kita cerita dengan lebih lanjut tentang ilmu medis ni, izinkan saya berkongsi cita2 saya beberapa dekad yang lalu. (sampai ke??..ape2 je la).. Sebenaqnya nak habaq mai.. cite2 kite time kecik dulu enn.. biasela kn.. sume org ade cite2 an..saye sebenarnye enn.. mula2, nk jadi astronomer.. nak tahu sebabnye.. saya suke ar tgk bintang di langit (mlm2 ar.. ble ag?)dan tatkala bulan mengambang lagi masyuk~.. hurm, juge planet2 yg Allah ciptakan cantik2.. Subhanallah.. “Dan sungguh Kami telah menciptakan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya.” (al-Hijr[15]:16). “Dan antara tanda kekuasaan (Allah) ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula kamu sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, jika betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.” Fussilat (41: 37).

Pas2, saye teringin gak enn nk jadi pilot… syok woo tgk kapai terbang (tambah2 jet yg meninggalkan asap yg pnjng di awan tuh)…berlegar2 di udara.. ibarat burung dgn bebasnya mengibaskan sayapnya.. best2~ .. syok kn dapat pandu kapai terbang bley pi serata dunia.. shiiiiuuuuuuuuu~ “Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah.Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman.” Surah An-Nahl (16 :79)
Dr pun saye nk jadi gak..sebabnye mcm bergaye je enn pakai kot putih sambil merawat org… dan fofuler gak dr ni malah panggilan Dr ialah satu gelaran yg cukup membanggakan…Dr ni, jika tulisannya cakar ayam pun org bley baca ag..(hebat ar tu!)..lagipun, ini suatu kerja yang mulia.. sape ag yg mmpu menyelamatkn pesakit melainkan barisan doctor @ tabib2 sekalian (bomoh jgn haraplah).. di samping, mcm2 ag sebabnye..hehe~. Dari Hilal bin Yasar, katanya bahawa Rasulullah S.A.W menziarah orang sakit, lalu baginda bersabda: “Bawakanlah dia kepada doctor.” Ada seorang berkata: Engkaukah yang mengatakn demikian, ya Rasulullah? Baginda menjawab Ya, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan (inzaal) ubat untuknya. (Riwayat Amar bin Dinar)
Maka, begitulah coretan dahulu kala. Akan tetapi, mengapa doctor menjadi pilihanku sedangkan betapa sukarnya jalan (tpi x ar sesukar perjuangan da’wah) yang bakal ku tempuhi. Barangkali perkara2 dan keluhan2 yang menegaskan kesusahan itu banyak sekali dan benar juga, namun, haruskah aku menyerah kalah sebelum berjuang??.Adakah setakat itu sahaja yang mampu aku lakukan??.. TidakkK! Aku mampu menjadi lebih baik dengan izin Allah dan aku harus mencuba sedaya upaya. Persoalannya, kenapakah kita perlu struggle dan bersusah payah untuk menjadi Dr?..Peribahasa Melayu jelas mengatakan: Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Pepatah Inggeris pula: Pain is inevitable. Suffering is optional. ~M. Kathleen Casey. Birds sing after a storm; why shouldn't people feel as free to delight in whatever remains to them? ~Rose F. Kennedy. If you can find a path with no obstacles, it probably doesn't lead anywhere. ~Frank A. Clark. Smooth seas do not make skillful sailors. ~African Proverb. The turning point in the process of growing up is when you discover the core of strength within you that survives all hurt. ~Max Lerner, The Unfinished Country, 1950. Dalam Surah al-Insyirah (@ Surah as-Syarh) juga ada disebutkan: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(94:5-6) Tambahan lagi, sabar itu kan separuh daripada iman. Apalah salahnya jika kita lakukan sedikit pengorbanan demi menggapai kejayaan yang lebih besar kelak?.. LU PK AR SENDIRI!!!. Tanpa ilmu kedoktoran yang lengkap, maka doctor tersebut perlu menanggung risiko terhadap para pesakitnya. Rasulullah S.A.W bersabada, maksudnya: “Barangsiapa mengubati seseorang, sedangkan dia tidak mengetahui tentang perubatan sebelumnya, maka dia bertanggungjawab (ke atas segala sebab dan akibat serta buruk baik yang berlaku ke atas pesakit). (Riwayat Abu Daud, An-Nasaei dan Ibnu Majah).

Saya juga agak konfius untuk memilih jurusan pengkhususan yang paling sesuai. (sila bantu saya!!..;D).Berikut merupakan senarai dan sedikit penerangan peribadi berkaitan specialities dalam kursus perubatan:

1.Neurologi
Part paling best-otak..
System saraf… kompleks, unik… xsama dgn len2 spt muscle n blood vessels..
Saraf (dan sbhgian muscle) berhenti mase G0 phase… no recovery except after injury….
Once in a lifetime dividing.. no replacement..other options, perhaps stem cell treatment…
Xde kt hospital2 biase.. kt bandar2 besar je..lagipun agk kurg dr bhgian nie..
Kursus yg saya pilih time interview MARA dulu
Benda yg paling mencabar dan mengambil masa yg paling lama tuk dihabiskan pengajian
Jana pendapatan yg byk bile keje private..
Paling berisiko sbb nyawa pesakit kbykn di hujung tanduk dan bergantung pada anda
2.Orthorhinolaryngology aka ENT
bapaku bkn nk pn jadi dr pakr ent.. tpi, mak ak la push bapakku amek specialist.. klu x, bpk ak nk amek GP jer..
Best gak.. Bley jmpe rmai org.. sbb ia berkaitan telinga idung tekak.. selsema sket, telinga berdarah, tekak terlekat ke ape2 yg berkaitan dengan kawasan muka ke leher semua terserah kpdnya..
3.Dentistry
Sng jgak.. satu part of body je.. yakni mulut terutamanya gigi
tp, perlu hati2 bhgn ni penting…menentukan gimana senyuman mampu terukir kembali..
Xdak on call, nk jmpe kna de aapointment, lagi kaya dr dr biase, kna jaga gigi leklok laa… working hours… normally xdak on call…
4.Cardiology
Jantung.. bley jmpe ramai pemimpin…
ada IJN.. research ade bnyak n updated…
Susah gak bhgian ni pun.. sbb jantung tempat pam bagi sistem saliran darah manusia
5.Orthopaedic
ada pengalaman jdi pesakit…Darjah 3, patah kaki.. form 5, patah tangan mase men futsal, lpas tu kepala pulak terlanggar batang paip kat asrama.. luka di kelapa , bnyak darah mengalir kuar..
Tulang sng gak.. tpi accident.. ni kna salu on-call la..
Tpi rasa syok dan macho~… hafal nama2 tulang spt mak cik ulna, radius, turbucle , scapula dan mcm2 ag..
Cth ayat: Saya rasa tulang tibia awak patahlah..haha(gile direct..)
6.Paediatrics
Makku..bekas dr peads tp bkn nk sgt pun nk amek peads.. mak ak minat surgical..
Bdak2 sng, xbnyk kerenah cm org tua...
Cute perangai diorg..ley teringat zaman muda-mudi dulu..
Knk2 riang ria ribena dan comel.. Peringkat umur mula mengenal dunia, dan masih belajar asas kehidupan...
Sng diurus berbanding org tua.. sng dgaq ckap.. tpi kna bg motivasi sketa r spt gula2 dan sbgnya..
Ada potensi membesar, biarkan anak kecil itu..
Org tua byk kerenah.. nk mc, nk cuti lah, ubat ni bley mkn ker x??.. tpi, 2 la..sabar kn separuh dpd iman..
7.Surgical
Best2.. bedah2 org nie..
Jgn takut darah.. kena berani, yakin diri.. bnyak prosedur dan peraturan yg wajar diikuti jika mahu anda dan pesakit anda selamat…
Belajaq potong-memotong di rumah (don’t try this at home xcept to cook..haha~)
Seni gna peralatan..Berlatih dngan chicken chop pun ok gak(haha~)..pakai sudu, garpu n pisau
Tikus makmal bakal jadi mangsa pembedahan..
8.Ophthalmology
Mata mudah sakit dan mudah dirawat..
‘ain.. sumber cahaya dan penglihatan kita…. Ni’mat yg penting… tanpa deria penglihatan.. sukar hidup,..mata organ yg kecil tapi berfungsi besar..jadi, memerlukan ketelitian
Tpi, ramai yg hakikat matanya buta, tapi dia ‘nampak’ apa di sekililingnya..,(mungkin derianya diransang menjadi lebih sensitive dan peka)… ygbetul2 alim dan warak, ade yg bley nampak betul2..
9.Dermatology
Bley dianggap paling senang tapi bkn paling remeh….Jerawat pn dy rawat kot..(hehe~~)
Kerjanya berkisar dengn kulit…Satu organ yg paling besar pd diri manusia..
Tpi, x feel la sgt bg saya.. sbb x byk bedah2 dan fikir2 yg mendalam nie (ntahla~)…
10.Psychiatry
Susah ot.. ade satu perkara yg salu saya dengar… doctor akan kena jadi sama gila, untuk merawat pesakitnye..
Sukar dikawal pesakitnya~.. kena kuat mental dan fizikal~…
11.On G
Xmaw.. ni utk wanita (bg sayalah).. private~… tpi, ley smbut bayi saat kelahirannya..tu yg best.. dapat menjadi penyambut pertama manusia berkenaan tika ianya muncul di alam dunia ini..

Justeru, wajarkah aku meneruskan impianku?? Kemudian, bahagian manakah yang anda rasa paling sesuai untukku?? Harap anda juga dapat membantu diri anda dan saya dalam hidup yang mencabar ini. Satu cerita yang agak menarik untuk saya kongsi bersama yg saya dengar baru2 ini semasa perbincangan antara doctor dan pesakit. (ibubapaku dan kawan mereka). Kisahnya begini, adalah seorg budak ini dulunya sawan (neurological disorder cm2 la), tetapi Alhamdulillah dengan izin dariNya budak tersebut telah sembuh dan boleh hidup seperti biasa walaupun ada yg x mmpu dilakukannya. Sawan ni tahu2 je la an, susah sebenarnya nak sembuh, dr (ikut teori perubatan) siap kata dia tiada harapan lagi dah, hanya ada cacat seumur hidup atau mati je. Akhirnya, berkat istiqamah dan ketekunan ibubapa dia dalam mendapatkan rawatan maka sembuhlah dia sedikit demi sedikit, di samping usaha menggunakan akupuntur cina. (akupuntur cina adalah sejenis rawatan yang boleh dipercayai keberkesanannya). One thing yg kita bley amek dr kisah tersebut ialah don’t ever give up in anything, as everything is made possible by the will of Allah’s. Put our belief in Him and insyaAllah we will gain sumthing later. It’s a relief and awesome to hear good news from ur patients u know even I feel it too. Akan tetapi, nasihat saya jgnlah anda sekali2 percaya akan bomoh kerana kebanyakkan manusia telah terpedaya dgn mereka akibat terdesak. Hal ini jgn sesekali dibiarkan berlaku kerana kekadang mereka menipu sahaja dan membuat keputusan hanyalah atas ramalan karut mereka. Perkara ini telah banyak kali berlaku terutamanya apabila seseorang ingin berubat.

Peringatan buat kita, Pelajarilah dan dalamilah juga ilmu agama selain ilmu perubatan, kerana ilmu itulah yang membawa kita kepada hakikat dan ilmu itu ilmu yang menjadi fardhu atas setiap muslim. Ianya juga bakal menjadi pelindung kita tatkala kita memerlukannya dan pendinding kita dpd kejahatan. Malah, ianya amat berguna bagi seorang doctor dalam membaiki jasmani dan rohani diri sendiri, apatah lagi sebagai penawar penyakit para pesakit. Sedarlah, ramai ilmuwan Islam yang unggul dan hebat seperti Ibn sina, ibn al nafis, al razi,al kindi, ibn rushd, and to name a few… telah meletakkan matlamat menegakkan kalimah Allah di muka bumi sebagai priority hidup mereka dan tidak mengabaikan ilmu agama sambil bertugas sebagai doktor. Jadi, kita pun boleh!!! When you possess light within, you see it externally. ~Anaïs Nin.
Saya juga ingin mencadangkan pengamalan solat sunat istikharah diamalkan dalam mengambil apa jua keputusan sebagai suatu tanda pengharapan kepada Yang Maha Mengetahui dan bertawakal padaNya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Bila kamu telah bertekad bulat, maka selanjutnya bertawakallah kepada Allah.” Surah Ali-Imran (3:159). Satu hadis dari Sa’ad bin Abi Waqqas, bahawasanya Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Termasuk kebahagiaan Bani Adam (manusia), ketika dia mahu beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah, dan termasuk kerugian Bani Adam (manusia), ketika dia tidak mahu beristikharah kepada Allah, dan membenci apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah.” (Riwayat Imam Ahmad)

Well~.. that is all I wanna share with you. I hope it’s useful..at least we have some knowledge..so choose wisely.. and in the end if in case u may end up automatically into any of these fields, so, just be aware n well prepared.. So, guys what do you reckon??
P/S:
to dak uia..nk wat tajuk eap ape ea??
to dak yg da amek medic.. chill..happy medicking.!.living ur life to the fullest.. imagine u r the patients.. dun b heartless..
(amaran keras jgn pulak terpengaruh dgn budaya hedoonisme yang diamalkan pada zaman empayar
Rom Kristian.. it is considered one of 7 deadly sins..hehe...tpi, jgn percaye lak dosa maut itu..
to dak yg tgh amek foundation,mtr3x,@ape2 yg sewaktu dgnnnya.. fikir2kanlah dahulu..fikir dahulu sblm terlambat...masih ade mase dan ruang utk memikirkn mase depan, sblm terlajak...emm..pikiaq2 dulu lek lok naa...(this is one way to lead ur life,.. the road not taken... sape nyesal, sendiri jugak...)
to semua: muhasabahlah diri anda setakat mana pengharapan kita kepada Allah..
sambil mengerak langkah dan memotivasikan diri anda ke arah kejayaan yang diredhai Allah dalam apa jua yg anda lakukan
sape yg teringin (@gatai2) nk amek medic: aaarr.. lu pk ar sendiri!!..the power its in ur hand..
Adios amigos….(aku berambos…hahaxs)…~~~~~~~

4 comments:

  1. panjangny intro....abisla makmum tido klo hg kasi cermah slt jumaat..hahahaaa!
    bru terbuka minda ak pasal medik field ni

    cadanganku..amiklah psychiatry
    sbab2ny: blhla kau check otak ak yg insane 'on-off' ni.... & ianya sgt sesuai dgn kau sbb kau da memenuhi syarat2 yg diperlukn...adios amigos! =]

    ReplyDelete
  2. sasuke..aku bru baca blog ko ni.
    menilai kelebihan sndiri adlh amt pntng dlm mnjykan rncngan.
    kpntaran ko amt dperlukn dlm bdang ni.
    pesakit2 akn dtg akn mnunggu ko utk drawat
    marilah kita sama2 bkerja
    jgn kita biarkan banjirnya dr2 kafir
    yg mnsyrikkan n x prcaya pd Allah
    kyakinan yg jitu
    motivasi yg tggi
    galakan yg mbransangkan
    wlaupn pre-medic kta kna predict
    we r going to treat the patient
    not only the disease
    brbekalkn iman n sdikit ilmu
    mrilah kta sebarkan dkwah dgn cra brhkmah
    mlalui bdng ini
    AMIN

    ReplyDelete
  3. dayah: haha~.. hg sorg je ke patient ak nieh??

    anonymous: makaseh2 atas sokongan dan peringatan anda.. amat bermakna buatku!!..aminn~..insyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan kita sebagai hambaNya..

    ReplyDelete