Powered By Blogger

Monday, October 19, 2009

Pengalaman melawat negeri ‘sekyo’

map Pictures, Images and Photos

Alhamdulillahirabbil’alamin.. Syukur kepada Allah SWT.. yang masih memberi ni’mat pernafasan untuk ku menghela udara sambil terus hidup di dunia yang fana ini.. Allahlah yang telah memberi peluang untuk ku memanfaatkan masa lapangku untuk mengembara muka bumi ini yang mana amat luas dan amat indah untuk kite jelajahi dan hayati hikmah kekuasaanNya di sebaliknya. Selawat dan salam buat rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda dan para sahabat. Maksud hadis: daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radiallahuanhuma berkata: Rasulullah s.a.w memegang bahuku seraya bersabda: Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu ‘Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakanlah peluang untuk ber’amal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.” (Riwayat al-Bukhari)..
Maka, terserlah kepentingan merantau atau mengembara. Malah, dibuktikan dalam sejarah dunia sekalipun bahawasanya kekuatan umat-umat terdahulu bertapak daripada semangat inkuiri dan ‘enthusiastism’ untuk menawan seluruh dunia. Para sahabat nabi s.a.w dan para pengikut mereka juga gemar mengembara untuk memenuhi aspirasi jihad menuntut ilmu selaras dengan itu menegakkan kalimah tauhid di alam ini. Mana mungkin kita (lebih tepat lagi umat Islam zaman dahulu) telah memayungi dua pertiga dunia tanpa melayar samudera dan merentas benua.
Sesudah i2, disingkatkan cerita,( x singkat sgt pun~) setelah berakhir peperiksaan final sem satu yang cukup mendebarkan maka saya pun merdeka!!. So, right after the final xm, maths 2 yg agk bley la thn, 4hb oct cm2, aku dan kengkawan pun…ape ag.. kita enjoy!!!! Haha~.. dengan sukacitanya pada tengah hari itu juga menuju ke rumah izwan untuk makan kenduri sket. Pas2,kitorg gi jalan-jalan kat The Curve dan baleklah agak lewat malam ke uia semula. ( xpe, pak cik guard 2 cool jer, x kisah kot..hehe~..tq pak cik). Sesudah itu, keesokan paginya, kami mandi-mande plak kat Sg. Ulu Yam dalam Hutan Lipur Tua, Selangoq Darul Ehsan. Weeee~ syok gak mandi kat sana (siap bawa payung merah ag..haha~) sambil menjelajah hutan hujan tropika di Malaysia ini.. (konon2 nk mengkaji flora dan fauna spt yg dibelajaq time bio 3 la). Krew kami sumenye ade 9 org, driver kitorg yg rajen memandu (berapa trip tah dy dah wat ke sg tu.. penat la dy~) muzakhir, saye, zedi, mas ( ni baru baek kakinya), roy (pakar gak ar renang2 sungai nie), keri, zul, bad, dan izwan.
Lepaih tu, 8hb pagi, saya menduduki ujian speaking MUET sesi satu seawal pukul 0730 pagi. Alhamdulillah syukur, dapat teammates yang mantap!. (thanks guys.. did very great job!) Walaupun dapat soklan yang agaknya paling mencabar bagi MUET kali ini, setakat ini iaitu ‘who should we give our greatest tolerance in Malaysia?’ (lbey kurang cm2 la) akan tetapi saya berpuas hati kerana rasanya inilah kali pertama saya dengan jayanya melepasi speaking test..hehe~..yee-haw!!
Habes je MUET tu, maka PENGEMBARAAN pun bermula…(upin n ipin, by Les Copaque Produksi). Me and the geng yang nak balik Kelantan @ Terengganu @ Pahang (pun bley gak) lantas kami pun menujulah ke Hentian Putra. Ya-ha!!.. dengan semangat membara untuk berekspedisi ke tanah Darul Naim, maka diriku (yang baru julung kali berkunjung ke sana) dan izwan serta beberapa orang rakan (yang nk balek ke sana) bertolaklah menuju ke sana berbekalkan sebuah tiket berwarna merah putih, berjenama Mahligai dan berharga RM40.00 (betul kn?) … Oleh hal yang demikian, bermusafirlah saya di tanah air kita.(sedikit info--Bermusafir hukumnya harus apabila ada tujuan yang diharuskan oleh syara’ tetapi boleh jatuh makruh bagi sesetengah ulama’ yang melarang bermusafir tanpa sebarang tujuan atau matlamat.)ayuh, tour to Land of Lightning!!..
Ikutilah turutan kisah perjalanan kitorg seperti yang tertera di bawah ini:

1st nite to kelate
Bermula dari cfs, pada petang 8hb itu, selepas berkemas-kemas, check out, dan siap-siap, kami pergi ke pondok guard lalu meminta signaturenya (bukan sebab feymes @ glemer.. tapi nak balik la). Beberapa minit menanti di hadapan pintu pagar yang terhias dengan pokok yang terukir ‘The Garden Of Knowledge And Virtue’, maka datanglah dua buah teksi untuk mengambil penumpangnnya. Dua-duanya menuju ke Hentian Putra. Satunya lalu jalan lain, yang kami punya lalu jalan len plak. The first kena bayaq mahal sket, the latter aka yang kitorg pnyer lalu shortcut sket, jadi tambang pun kurang la sket.hehe~. syukur2!. Dalam teksi itu pun, agak terkejut gak la sbb baru terperasan kewujudan sebuah sbp dekat jer dengan situ, ssp (kot ). Sementara menunggu kedatangan bas, kami pun meninjaulah kawasan berhampiran dengan stesen bas. Pastu, sebelum nak bertolak terserempak la plak dengan keghe n his geng yang terlepas flight angkara kesilapan menafsir waktu pada tiket yang telah mereka beli.. disangkanya malam seperti selalunya, tetapi pagi la pulak.. (bertuah tul lah). maka, melepaslah hajat mereka untuk pulang secara fly kali ini. Jadi, terpaksalah diorg nek bas kul 10. (huhu~… adoyai..sian2..)
Ok, cerite hal dalam bas pulak. Secara dasarnya, pak cik drebar bas tersebut kecek kelate, para penumpangnya pula tidaklah ramai sangat mungkin sebab bukan cuti sekolah lagi. Saya naek bas bersama izwan, kema (bukan nama sebenaq.. tapi dekat2 la..) dan sapue (bukan nama sebenaq jugak.. tapi dekat2 la juge.). Sepanjang perjalanan, hampir separuh masanya, daku habiskan dengan tidur (hehe~..ini juga akibat kerosakan earphone mp3ku atas bas), selebihnya saya makan dan minum sebab banyak bekalan makanan dan juga minuman yang telah dibawa, dan tidak lupa juga melihat ke luar jendela bas untuk memerhatikan alam sekitar yang indah ini. Kat Gombak ada la satu tempat namanya Greenwood yang mana menjadi tempat siswa-siswi yang berasal dari Pantai Timuq, yang belajaq dekat2 area KL @ Selangoq turun kat situ la. Setelah itu, bas itu membelok ke kanan (pak cik bas 2 la pusingkan sterengnya.. bas x belok sendiri, k..haha~), lalu terus menuju ke Kelantan. Dalam perjalanan yang penuh berliku sambil merentas bukit-bukau dan gunung-ganang di Pahang, akhirnya bas tersebut berhenti di Merapoh. Setelah ku celik, baru ku sedari betapa banyaknya bas yang berada di situ. Lantas, ku diberitahu bahawa sinilah tempat perhentian wajib bagi bas-bas yang menuju ke Pantai Timur. Ramai juga penumpang yang mengambil kesempatan menjamu selera di sini. Sambung perjalanan, aku dibimbing oleh 2 org tour guides (kema dan sapue) sambil memberitahu nama2 tempat yang kami lalui. Dekat Kelantan, jalannya memang agak lurus (sepertimana kata sapue jalannya straight belaka), kami lalui Gua Musang (kawasan petempatan Orang Asli ada kat sini), Kuala Krai, Machang ( ada SMS Machang.. tempat training sapue dulu2) dan akhirnya tibalah di Kota Bharu.

1st day in The Blissful Abode, negeri sekyo Friday 09 Oct
Setelah dalam 8 jam perjalanan, pagi itu tibalah kitorg di Kay Bee, Bandar Raya Islam. ( ade la ornament untuk menegaskan pernyataan itu di tengah bandar raya ini, dan sebuah balai Islam). Setibanya di situ, kami menaiki kereta sewa yang digelar ‘prebet’ gi ke rmh sapue. Rumahnya terletak tidak jauh daripada Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dekat dengan sebuah workshop. Selesai sahaja solat Subuh, kami pun tidur dgn nyenyak smpai tengah hari, dan bersolat jumaat di Masjid Kubang Kerian dengan kereta kancil puteh yang dipandu oleh izwan. Petang itu, lunch kat rumah. Yg bestnyer, bapa sapue telah menyediakan makan tengah hari dengan membuat menu yang seimbang dari segi nutrisi, ala2 eropah, dan makan katenya ikutlah care tersendiri. ( memang sedap… dan mantop sekali..haha~.. bley cube lagi nie). Katanya beliau penah ke Jordan (xberapa ingat.. tapi Eropah la jugak) kat sane diorg cas harga “8 dollars – 8 dollars..haha~”. (8 dollars equivalent to 24 ringgit) Yes, katanya lagi, kita kena buktikan lelaki juga boleh memasak, boleh basuh pinggan, boleh hidup sendiri. Jangan harap kat perempuan jer, diorg ade keje diorg, kite ade keje kite. (Baru ku tahu bapa sapue ni agak lucu orangnya..hehe~) . Sambil berborak2 bersama bapa dan abangnya, kitorg menikmati hidangan tersebut diselangi gelak ketawa. (sungguh ceria sekali..haha~).
Petangnya, kema pulak mai amek. Dia ajak gi pasar raya Ceria bagi membeli alat untuk buat layang-layang. Rumah sherr (bukan nama sebenaq lagi.. tapi nickname la..) turut disinggah. Lokasi rumahnya ialah dalam Lorong Wakaf Mat Zin, jika arah ke Salor, belok ke kiri. (ha..dodol mana rumah kamu??.. tidak ku ketemu..haha~).. Di sini, izwan melahirkan rasa terkejutnya tatkala terlihat surat khabar di rumah ini dek mungkin kali pertamanya melihat surat khabar di Kelantan. Sebenarnya saya pun agak terkagum melihat rumah sherr dalam kampong. (bukan sebab ape.. tapi baru ku tahu..hehe~). Saye insaf tapi, di situlah segalanya bermula, sehinggalah tercipta seorang budak yg bijak dan berkaliber kat uia. (fyi, beliau penah masuk paper kat kelantan sbg top student spm..hehe~). Setibanya di rumah kema, ak, izwan, sherr, kema dan adiknya, ke belakang rumahnya untuk menjenguk habitat terkawal(reban?) bagi beberapa ekor itik dan ayam. Seterusnya, kami bergerak ke sawah padi dengan hajat bermain layang-layang. Akan tetapi, harapan kami seolah2 terkubur. Masakan tidak, hampir tiada gerakan udara atau angin yang bisa menerbangkan layang-layang, namun hal yang demikian tidak mampu membuatkan kami putus asa. Kami terus berlari2 dengan rianya atas batas2 sawah berkenaan. Sesudah itu, pada malamnya, kami menikmati beberapa juadah yang unik di Kelantan, Nasi Kerabu , Budu dan Cholek. (layannn!). Kemudian, kami berkunjung ke pasar Wakaf Che Yeh, wusha barang2 sket. Kebetulan malam ini ada pasar malam, maka meriahlah suasana di c-ni. Aku terpinga-pingu jugak memerhatikan keadaan sekitar. Akhirnya, aku (aku pun aku lah..haha~) berjaya membeli sebuah cd game dengan harga murah (selepas sesi tawar-menawar).

2nd day Sat 10 Oct 2009
Destinasi untuk hari ini pula ialah Jeram Pasu kat Paser Puteh. (bkn Jeram Inang). Pagi itu, setelah menikmati Nasi Berlauk di rumah sapue, seorang rakan kami yang berasal dari Paser Tumboh, dengan kereta Honda Civic hitam milik bapanya datang bersama sepupunya bagi menyucikan diri dengan ayaq sejuk di jeram tersebut. Kuwe (bkn nama sebenaq.. tapi nama samaran) memecut dengan lajunya lalu memintas beberapa buah kereta sekaligus. Dalam perjalanan, sempat jugak berkenalan dengan sepupu kuwe nie, namanya Aman dan boleh dilihat dari tepi cermin kereta SMSPP ( SMS = Sekolah Menengah Sains, PP= Paser Puteh). Di situ tiada pelajar lelakilah.
Setelah puas, kami pun pulang ketika matahari berada pada posisi tegak di langit. Kereta kuwe pulak wat hal ketika pulang, hal ini disedari apabila jarum kepanasan enjin berada pada tahap maksima tanpa sedikit pun turun dan didapati enjin kereta mula berasap. Kereta tersebut direhatkan di Masjid Kubang Kerian dan disyaki kerosakan system cooler (kipas enjin x bergerak seperti normal). Mujurlah, bapa kuwe seorg foreman (pomen), maka hal itu mungkin senang diatasinya. Sementara menunggu bantuan tiba, maka kitorg pun pulanglah ke rumah sapue dengan berjalan kaki. Spek izwan yng rosak akibat dipijak oleh saye semasa di jeram tdi dibaiki semula. (xsengajelah..ter~). Alhamdulillah, free je dan spek berkenaan dapat berfungsi sperti biasa kembali. Tanpa disangka, kitorg boleh makan minum free sempena pembukaan sebuah café baru di Kubang Kerian nie. (rezeki2~). Perjalanan diteruskan.. kami sempat menziarah rumah bapa saudara sapue, dkat sblh dgn rmh Prof Dr jafri Malin (Pakar Neurologi) yang lama. Ketika hujan mula membasahi muka bumi dengan lebatnya, tibalah kami di rumah sapue. Balik jer, terus mencapai konsol Xbox 360, setelah dicabar untuk lwn bola dgn abg sapue. Keputusan saya kalah 2-0. (standet ar 1st time pgang xbox 360.. dah la fifa, bknnye pes pn..hihi~). Mlm 2, kitorg mkn2 sket dan abg sapue ajak gi Nirwana Maju,KK Square. Kitorg pun sempat la shopping2 sket.

3rd day Sun 11 Oct 2009
Pagi ini, sempena perasmian pasar raya Nirwana Maju, kitorg pun turut sertalah dalam majlis itu. Pasar raya yang bertemakan warna Merah dan Kuning tersebut bakal dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Maka, dapatlah kami melihat beliau dri dekat. Tpi, x la sempat salam. Beliau memang pemimpin yang sempoi la dengan berpakaian baju melayu kelabu berserban putih sebab bukan senang nak cari pemimpin berserban zaman sekrang .(ni xde kena mengena dgn agenda politik, ok!)..2la agenda menarik kami hari ini, letih gak semalam bermandi manda. Hari ini rehat2 sket. Namun, pada waktu tgh hari, setelah pulang, kami diambil oleh kuwe lalu terus pergi mkn2 kat KB mall, bersama keghe n the geng. Untuk pengetahuan anda semua, kerana mengamalkan dasar Islam secara tegas, maka tiadalah mall kat Kelantan nie yang ada wayang. Sejurus kemudian, kitorg semua bergerak ke Rantau Panjang zon bebas cukai, ikut arah Pasir Mas, (amek kema) dan adela persimpangan ke Tanah Merah (kampong juwe n ustazah Asiah). Bley nampak la byk sawah padi (tapi Jelapang Padi Kedah xdak sapa bley lawan..=p) yang mana menunjukkan aktiviti ekonomi agrarian masyrakat di Kelantan. Rantau Panjang pula memang terkenal barang2 baik puunyer, (mulah mali woo~..), borong sakan ar, apa ag (hehe~). Oleh sebab Rantau Panjang dekat dgn selatanThai, pihak kastam dan imigresen giat memantau laluan keluar-masuk bagi perhubungan antara penduduk Kelantan dengan Selatan Thai. Pengaruh Siam juga boleh kelihatan di sini.

4th day Mon 12 Oct 2009
Mkn breakfast yg disediakn oleh chef izwan, faqih n safwan. Menu nasik goreng, ayaq oren, ayam goreng, kentang goreng..(ape yg x gorng suma kitorg goreng..haha~_, ni dgn kebenaran mak sapue tau.. try this at home..sedap!!..),. kenyang ar mkn, berbakat sungguh chef kite ni memasak. Tatkala tertegaknya matahari di langit, kuwe datang lagi bagi membawa kitorg ke Besut, Terengganu. Perjalanan ke Terengganu ( salah satu daripada 5 buah bekas Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu selain Johor, Kelantan, Kedah dan Perlis) kali ini melengkapkan pengembaraanku ke semua 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia..(yippee~). Dengan melalui pantai Bachok dan Tok Bali, kitorg sampai ke Besut. Di sini, kitorg dapat melihat sekolah yang telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang spt roy nie.(hehe~). Kitorg disambut oleh roy dan kitorg mkn nasi kandaq dahulu di restoran. (xpe,roy belanje..hihi~).
Bertandang ke Besut, Terengganu, saya membuat kajian dan pemerhatian, dan meneliti beberapa perbezaan antara negeri Darul Naim dan negeri Darul Iman ini. (harus salah, x wajib betul). Kelantan- Walaupun secara pandangan kasar, negerinya kelihatan agak kurang maju (kurg bgnn tinggi, shopping mall).. tapi rakyatnya dapat menikmati kemewahan hidup secara individu dan mereka hidup harmoni dengan keadaan itu tetapi, di Terengganu, kita dapat lihat walaupun terdapat berbagai2 bgnn pentadbiran dan fasiliti awam malah masjid tersergam serba indah, namun rakyatnya hidup dalam keadaan agak sederhana dan kekurangan berbanding dengan Kelantan. (cume pandangan peribadi berdasarkan ilmu yang sungguh cetek diriku). Perbandingan Kelantan dengan negeri lain pulak, dari segi jalannya, memang lurus dan luas, dari sudut yang lain pula, kita dapat saksikan iklan2nya memaparkan wanita semuanya mesti bertudung.(kat negeri len x ag kot.) Kat sana, memang secara jujurnya agak senang nak tengok orang Melayu mendiami rumah2 besar dan memiliki kenderaan2 mewah. Buat Terengganu pula, agk lawaklah sebab ade ternampak satu monumen UMNO seperti (sekadar pandangan, bukan agenda politik) tertulis padanya Untuk Membela Nasib Orang Melayu. Tetapi yang bestnya, signboardnya kelihatan bertulisan Jawi dan Rumi. Apa2 pn, Terengganu jugak negeri pertama yang menerima ajaran Islam yang dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat bertarikh 1303 dengan inskripsi Arab di Kuala Berang.
Kembali semula kepada catatan perjalanan di Besut, Terengganu. Kitorg sebenarnya agk kurang bersedia untuk mandi sungai di Besut ni sebab x ready baju ape2 pn (ingatkn balek hari),rpa2nya nk mandi kat lata. O.o. Maka, pinjamlah kitorg akan baju roy utk pi ke Lata Belatan, dekat jugak dgn Lata Tembakah. Hari pun nampak semakin gelap seolah-olah hujan akan tiba akan tetapi syukur hujan tidak mencurah pada siang hari sebaliknya pada malamnya. Dgn kuasa enjin Satria biru, kami akhirnya sampai ke Lata Belatan itu. Airnya cukup jernih dan clear hatta terserlah imej batu-batu di permukaan sungai. Airnya berwarna hijau sket, rasenya bukan sebab algae, fungi, @ protest tapi mungkin plantae. (refleksi tropical rain forest). Cukup lawa sekali berbnding dgn sg pinang (kt penang) confirm sg pinang kalah akibat kotornya sg itu kesan aktiviti manusia ynag mengendahkan alam sekitar kita.. bnding dgn sg ulu yam pn sg ni menang.. best gak mandi-manda sini… (sejuk sehingga saya yang bekulit nipis ni.. sudah xmmpu mandi agi..huhu~..).
Setelah itu, pulanglah kami semula ke rumah roy yang terletak di Alor Lintah. Saya dan izwan bersetuju untuk tidur semalam di rumah roy, tapi kuwe dan sapue balik semula ke Kelantan sebab mak dio tidak izin. Xpela , malam itu aku pun start men dota semula sambil ditontoni adik roy. (lame xmen da x cekap da..huhu~)

5th day Tues 13 Oct 2009
Sebangunnya kami di Terengganu nieh, kami dihidangkan dgn Nasi Dagang. (rasanya agak manis, sedap!!). Pas2, tgh hari itu kami gi mkn kopok (keropok) kat Kuala Besut, - Keropok losong vs keropok lekor sama tp x serupa.. lekor pnjng sket berbanding losong. izwan tempah tuak.. dia minum rase cm pelik, ak rase cm kueh ..(haha~,..pelik2 tul lah) -solat di Masjid Kampung Raja, dan bersiar2 sekitar Besut nie and then singgah di sebuah pantai berhampiran Bukit Keluang. (Laut China Selatan kelihatan cukup indah dari sini.. luas sekalli pemandangan dari sini,.. sang matahari ceria memancarkan cahayanya.. panorama yang cukup menarik.. izwan lak terperanjat melihat lubuk yg dipenuhi ikan tatkala ombak keras menghempas dirnya ke pantai). Firman Allah SWT yang bermaksud, “ Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?” (Surah al-Mulk 67:3)

Selepas makan tengah hari, saya dan izwan pun pulang semula ke utara menaiki bas City Liner (Besut-KB melalui arah Paser Puteh). Setibanya di KB, gi Parkson jap di Kota Bharu Trade Centre. Berdekatan dengn KBTC, ade tandas berkubah dan Pasar Siti Khadijah. Di sini, dapat dilihat dominasi kaum wanita dalam bidang perniagaan dan tempat ini juga kerap kali menjadi lokasi penggambaran menurut saudara kema. Selesai sudah membeli-belah, kema bawak kami ke rmh keri (bukan nama sebenaq) . Rumahnya terletak agak tengah2 bandar Kota Bharu berdekatan dengan hospital dan balai polis dan dkat rmh mdm nik. (anak murid kesayangan madam kot..haha~). 1st time kot gi stadium mlm tuh, tapi kitorg tgk 1st half jer 1-0, (klate 1-Atm 0). Betullah sungguh fanatik penyokong Red Warriors. Mereka bersorak dengan penuh semangat. Malam itu juga dapat ku lihat beberapa ‘star’ tempatan seperti Khalid Jamlus dan Indra Putra Mahayuddin. Result akhir ialah 5-0.

6th day Wed 14 Oct 2009
Inilah malam terakhirku di bumi Kelantan ini. Kema buatkan jamuan BBQ (mcm2 ado) dan telah menjemput beberapa orang kenalan yg duk kat Kelantan nie, spt keghe n the geng, sapue, kuwe, keri, sherr dan ramai ag untuk disenaraikan. Yg plg awai memunculkan dirinya ialah mat hanif (duk Salor). Malam ini saya berasa kurang sihat, tapi berasa sangat gembira kerana kehadiran rakan2 memeriahkan keadaan. Makanan yang disediakan cukup menyelerakan. (see the chef ar.. haha~) Sebelum itu, pada paginya, agak sayu kerana berpisah dgn keluarga sapue. Saya dan izwan disajikan dengan Nasi Kok Woh. (bkn nasi kawah tapi ayamnya telah digoreng beberapa kali).

7th day Thurs 15Oct 2009
Sempurna sudeyh, misi cuti ni iaitu lawatan ‘overland’ ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. (ble nk gi overseas ni..huhu~). All in all, its fun being in Kelantan and Terengganu for this holiday. (sape x penah mai agi, jemput2 la bercuti2 di sana..hehe~.. best2.. gua cakap sama lu, belum cuba xkn tahu). Lagipun, jika saya berada di rmh apa sgt yg dpt lakukan bg mengisi masa lapang. ( yg duk sana tu, bile pulak nak mai melawat utagha ni ha..hehe~) jadi, Balek!!!!..wee~.. (sblum monsoon Timur Laut melanda bermula November hingga Januari, baik gua chow dulu maa..hehe~). Pagi itu, saya dihantar ke terminal bas khas Transnasional di Kota Bharu, kema n izwan hantar. Saya bertolak pada ketika 0915 waktu Malaysia, nek bas Transnasional teruih ke SP (Sungai Petani). Harga tiket RM29.70. (Izwan balek malam nek kete api sorg terus ke KL, sorry izwan xdpt ler eden nak tempat, gi dulu naa..tata~)Dalam perjalanan, saya rasa agak teruja melihat pemandangan dari luar jendela bas.. lawa giler~.. alangkah indahnya alam ciptaan Allah. (Subhanallah). Dalam bas eden kejenye tdo dgn machonya la ape ag, sehinggalah bas berhenti di Kuala rui, Grik. Tempat 2 agaknya persimpangan timur dan barat Semenanjung Malaysia, mungkin sesudah melepasi Banjaran Titiwangsa. Smpai di terminal bas SP Jalan Kuala Ketil seraso eden dalam kul 1530 la..hehe~.. n home sweet home..

Keseluruhnya, inilah adalah pengalaman berharga yang sukar untuk dikecapi lagi buat kali kedua. Kenangan pahit manis bersama kengkawan di sana masih lagi segar di ingatanku.(setakat nie la..hehe~). Terukirlah satu sejarah dalam hidupku, apabila berjaya menziarahi bumi Kelantan dan Terengganu.(xtau la bla bley mai ag… bley masuk Malaysia’s book of record x??..hehe). Jadual kami dipenuhi dengan bermacam2 aktiviti kat sane. Jutaan terima kasih ku utuskan kepada sapue, kema, roy serta keluarga mereka atas layanan istimewa yang telah mereka berikan selama saya dan izwan berkunjung ke sana. Juga terima kasih kepada rakan2 lain yang sudi membantu dan menceriakan lagi hidup kami di sana. Pasni, hok dok kelate maghi pakat mai melawat kedah plak, ke penang ka?..kita bercuti2 Malaysia..(cmpuq habeh dah loghatku..haha~). Maha Besar Allah yang telah memudahkan urusan perjalanan pergi dan balikku. Firman Allah SWT: “Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Surah al-Mulk 67:15).

Hayatilah pula kisah pengembara Islam yang unggul ini, Ibn battuta…

Pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu, konon dirampas dan disembunyikan Kerajaan Prancis saat menjajah benua Afrika.
''Aku tinggalkan Tangier, kampung halamanku, pada Khamis 2 Rajab 725 H/ 14 Juni 1325 M. Saat itu usiaku baru 21 tahun empat bulan. Tujuanku adalah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah,'' kisah Ibnu Battuta - pengembara dan penjelajah Muslim terhebat di dunia -- membuka pengalaman perjalanan panjangnya dalam buku catatannya.
Dengan penuh kesedihan, ia meninggalkan orang tua serta sahabat sahabatnya di Tangier. Tekadnya sudah bulat untuk menunaikan rukun iman kelima. Perjalananya menuju ke Baitullah telah membawanya bertualang dan menjelajahi dunia. Seorang diri, dia mengharungi samudera dan menjelajah daratan demi sebuah tujuan mulia.''Kehebatan Ibnu Battuta hanya dapat dibandingkan dengan pelancong terkemuka Eropa, Marcopolo (1254 M -1324 M),'' ujar Sejarawan Brockelmann mengagumi ketangguhan sang pengembara Muslim itu.Selama hampir 30 tahun, dia telah mengunjungi tiga benua mulai dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropa Selatan, Eropa Timur, Timur Tengah, India, Asia engah, Asia Tenggara, dan Cina.
Perjalanan panjang dan pengembaraannya mengelilingi dunia itu mencapai 73 ribu mil atau sejauh 117 ribu kilometer. Tak heran, bila kehebatannya mampu melampaui sejumlah penjelajah Eropa yang diagung-agungkan Barat seperti Christopher Columbus, Vasco de Gama, dan Magellan yang mulai berlayar 125 setelah Ibnu Battuta.
-diamek bulat2 dari blog Nhusase.multiply-

* Agk detail post kali ini, n panjang. xpa,untuk renungan bersama dan lebih hangat dari biasa. Lagipun, bukan selalu pun boleh gi Kelantan. Saya di sini selaku manusia yang penuh kesalahan, memohon kemaafan jika isi yang diberikan kurang ‘berisi’, terdapat kesalahan dan kesilapan, menganggu ketenteraman awam, dan menimbulkan perasaan2 tidak puas hati. Peace.. no War!!^^

3 comments:

  1. dengki giler aku
    byk tempat kau pegi

    tak aci betol
    anyway thnk for visiting kelantan
    hehehhe

    ReplyDelete
  2. xbaik dengki..hihi~
    agk byk la.. sbb ak ikut izwan jer..hehe~
    pasni, mai la utagha lak naa..

    congrats.. u r the first to cmmnt..^^..tq!

    ReplyDelete