
Bismillahirrahmanirrahim, Salam sejahtera penduduk dunia,
Eh, raye la pulak!!.. ehem2..Setelah mencerap anak bulan (di beberapa vantage points di seluruh negara) yang berada di langit, saya di sini dengan suka-duka citanya ingin mengumumkan bahawa esok (@ lusa) raya..yay!!!.. (hip..hip..hooray~..haha~)
Saya yakin anda semua sudah membuat segala persediaan dari hujung rambut ke hujung kaki dalam menyambut perayaan istimewa ini. (ka x sedia lagi?..huhu~). Segala pakaian di shopping, biskut2 raya disusun berkotak-kotak, duit raya dimasukkan ke dalam sampul, rumah-rumah dimakeover, (lampu lip-lap dipasang di luar rumah, langsir baru dipasang di dalam rumah, pelita (bahasa Inggerisnya: kerosene lamp) dipasang di halaman rumah) dan macam2 lagi persiapan menjelang Hari Lebaran ni. (Hari Lebaran diambiil dpd bahasa Indonesia). Pendek kata, semuanya telah tersergam indah tatkala menanti hari yang mulia ini.
Sesuatu yang sangat sinonim dengan sambutan Aidilfitri di Malaysia ialah mercun. Mercun ni ade banyak jenis dari mercun bawang, mercun pop, mancis, papan, naga sehinggalah sekuat mercun bola. Mercun-mercun tersebut selalunya akan mula berdetam- detum start dari seminggu sebelum raya.. (tudia aih ,klu boleh,.. bahaya la men mercun2 nie,.. men bunga api ok la jgak.. alang2 men mercun baek pasang bom ka, bru feel kn..). Agk2 org dulu sambut raya pakai ape ea… meriam, ade logika??.. meriam buluh, mungkin gak ar..Sy rasa x lama agi kita akan sambut raya pakai bom nuclear ar kot.. Baru bergema seluruh alam!
Tambahan pula, berbagai-bagai jenis makanan akan tersedia. Ketupat dan rendang, serunding dan lemang,..dll semuanya menjadi juadah raya yang best. (lapaq da ka??.. relax dulu.. baca nie.. panjang ag nie..hehe~). Kuih raya pulak yang telah ditempah @ dibuat sendiri selama beberapa lama akan mula menjelma, menambahkan selera tuan rumah dan para tetamu. Kuih raya ini semestinya bermacam2 jenis la ada,..dari London almond, tart nenas, samprit, kuih arab,.. memang kuih raya sahaja da cukup meriah..beraneka rasa, warna dan rupa… itu belum kira lagi, baju raya yang berhelai- helai dan berwarna-warni seperti warna pelangi. Hai, meriah sungguh hari raya kn3??
Jadinye, apakah perasaan kita sambil menyambut hari raya ini??.. Adakah sgt2 gembira, mixed feeling, sgt2 sedih atau xde perasaan… (ha, ape tggu ag pilih2). Hurm, sepatutnya mestila kite kena gembira menyambut Aidilfitri yang mulia ini. Lagipun, inilah hari kemenangan untuk umat Islam, setelah sebulan kita berpuasa. ( xkn nk sdey2 lak kn!)
Maka, mmg la kena syok time raya.. tpi, jgn lpe lak.. Ramadhan baru shja meninggalkn kita, Para sahabat punya sedih meninggalkan bulan Ramadhan Kareem, Ramadhan Al-Mubarak. sume sdey dgn pemergian Ramadhan, mereka rasa seolah2 itulah Ramadhan terakhir mereka dan mereka xkn ketemu Ramadhan lagi. (sebab itulah mereka, bersungguh dalam bekerja seperti hidup untuk selamanya, beramal soleh sebaiknya seolah esok sudah tiada.. kita lak??..aduh, lemahnye iman kita.. astaghfirullahalazim).. (rasa bley hidup lama lagi ke??). cm x de makne je bulan Ramadhan bagi kita.. MasyaAllah!
Alkisah, suatu hari 2, ak pernah tanye seseorg nie, “Abg, keluar jgak ke time raya nie?? Abg x raya ke?”.. tanya aku setelah mendengar beliau berkata bahawa beliau akan keluar time raya ini. (keluar di sini bermaksud pergi berda’wah di jalan Allah..-istilah jemaah tabligh)
“ Ye la, abg keluar ar nanti, raya itu rayalah, tapi org Malaysia je raya sakan.” Aku tersentak lantas bertanya, “Habes tu, orang negara len x raye ke?”. Jawapan itu dijawab dengan pantas oleh abg yang sorang lagi. “Adik, kat negara lain mcm negara2 Arab seperti Sudan, Syria, Arab Saudi, India,dll. Diorg mane raye mcm kite.Kite ni klu raya smpai sebulan, diorg raya ala kadar je. Bagi diorg, raya 2 mcm biasala cme perayaan biase je la.” Maka, aku pun terdiam x mmpu nk jawab ape2, (ak hormatinya krn dy pernah pergi berda’wah di India, byk pengalaman, bkn senang oo nk gi sana. Kna ade kekuatan dan ketabahan luar biasa). {Jadi, sebenarnya aku dah x berapa ingat, (minta maaf jika terdapat unsur2 penambahan) tapi lebih kurang begitulah perbualan singkat yang berlaku antara kami.}
Ak pn terus fikir2 balik kata2 mereka berdua i2. Betul juga kata mereka. Aku setuju dgn ape yg diorg kate.Selepas sebulan berpuasa, menahan nafsu dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari, wajarkah kita membalas dendam kita dengan beraya sebulan?? Tidak cukupkah beraya sehari?? ( fikir2 knlah ek).
Selepas itu, saya mahu berkongsi beberapa persoalan untuk dimuhasabah dan diinsafi bersama.
1. Dapatkah kita akan malam lailatul Qadr itu ataukah kita hanya lena dibuai mimpi, atau lalai dengan facebook atau terleka men game atau masih sibuk membuat persiapan hari raya??
2. Sudahkan puasa kita menjadikan kita seorang yang bertaqwa?? atau kita sekadar biasa2 ja berlapar dan dahaga tanpa rasa apa2.
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas
kamu berpuasa sepertimana diwajibkan atas orang yang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa”(Surah Al-Baqarah : 183).
3. Selepas tiga fasa Ramadhan, dapatkah kita akan kerahmatan daripada Allah S.W.T, pengampunan daripadaNya dan pembebasan daripada api neraka?? Sejauh mana berkesannya madrasah ramadhan yg telah kita lalui selama sebulan??
Nk kongsi satu lagi hadis panjang,bley ag ke?.. (Minta maaf la, sbb panjang mcm khutbah Raya pulak enn..hehe~..Xpekn??.. xsibuk sgt kn.. semoga Allah merahmati para pembaca sekalian.. ameen~)
Pembaca yang dihormati sekalian,
Hazrat Ibnu ‘Abbas r.anhuma berkata bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesungguhnya syurga diharumkan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah ‘Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka berhenti di anjung syurga. Mereka menyeru “Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah S.W.T mengahwinkannya dengan kami?” Kemudian mereka berkata lagi, “Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?” Beliau akan menjawab kepada mereka dengan berkata, “Ya! Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan. (Hari ini) pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dalam kalangan umat Muhammad s.a.w.” Nabi s.a.w bersabda lagi, “Allah S.W.T akan berfirman, “Wahai Ridhwan! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan wahai Malik (penjaga neraka) tutupkanlah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada kalangan umat Ahmad. Wahai Jibrail! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkanlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa umat Muhammad, kekasihKu.”
Baginda s.a.w bersabda lagi, “Allah S.W.T akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari Ramadhan supaya dia menyeru tiga kali, “Adakah sesiapa yang ingin memohon supaya Aku mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya? Adakah sesiapa yang memohon keampunan supaya Aku mengampuninya? Siapakah yang sanggup memberi hutang kepada yang Maha Kaya yang tidak pernah miskin, yang akan membayar hutangnya sepenuh-penuhnya tanpa sebarang kekurangan.”
Baginda s.a.w bersabda lagi, “Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan Allah S.W.T akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah S.W.T akan membebaskan pada hari itu sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan. Apabila tiba Lailatulqadar Allah S.W.T akan memerintahkan Jibrail a.s. supaya turun bersama satu kumpulan besar malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Beliau akan memacakkan bendera itu di atas Ka’bah. Jibrail a.s mempunyai seratus sayap. Dua daripada sayap tersebut tidak pernah dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s akan mendorong para malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. Maka para malaikat akan berjabat tangan dengan mereka dan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat, “Sekarang pulanglah!” Para malaikat itu pun akan bertanya, “Wahai Jibrail apakah yang Allah S.W.T telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang beriman dalam kalangan umat Ahmad s.a.w?” Beliau akan menjawab, “Allah S.W.T telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia.” Maka kami pun bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda s.a.w bersabda, “Lelaki yang berterusan meminum arak, seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang memutuskan silaturrahim (memutuskan hubungan sesama keluarga) dan musyahin.” Kami bertanya, “Ya! Rasulullah, siapakah musyahin itu?” Baginda s.a.w menjawab, “ Dia ialah musorim (orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan).”
Apabila tiba malam hari raya Aidil-fitri maka malam itu disebut (di langit) sebagai Lailatul Jaizah (malam pengurniaan hadiah). Pada pagi hari raya itu Allah S.W.T menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh didengari oleh semua makhluk Allah S.W.T selain jin dan manusia. Mereka berkata, “Wahai umat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan Yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar.” Apabila mereka tiba di tempat sembahyang raya, Allah S.W.T akan bertanya kepada para malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?” Para malaikat akan berkata, “Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.” Lalu Allah S.W.T berfirman, “Sesungguhnya Aku menjadikan kamu sebagai saksi, wahai malaikatKu, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunanKu sebagai pahala puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka.” Allah S.W.T akan berkata lagi, “Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu. Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhirat, melainkan Aku pasti akan menunaikannnya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu pohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu. Demi kemuliaanKu, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengingatiKu. Demi kemuliaan dan keagunganKu, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu dalam kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir). Bersurailah dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan daku dan Aku juga telah redha dengan kamu.” Maka, bergembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang dikurniakan Allah S.W.T kepada umat ini apabila mereka telah selesai puasa pada bulan Ramadhan.” ~Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan mereka~
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." Surah al-Baqarah:185.
Haha~.. maka, sampai di sini sahajalah pertemuan kita pada kali ini. Aih, segak2 nampak..cun2 nk pi mana tuh..relaks2 la dulu..hihi~.. Minta maaf entri kali ini amatlah panjang.. huhu~..(awak nk balek kmpung ke??.. saya pun!..hihi~).Dah2.. jom balik kampong, kutip duit raya.. jom2.. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca yang setia sekalian. Maaf zahir batin. Sesiape yang ade di overseas dan perantauan atau x dapat pulang, jangan sedih sangat. Yang bawa keta 2, jgn lpe check dulu enjin keta dan sbgainya, charger handphone jgn tinggal..Pandu keta leklok, semoga selamat ke tujuan masing2, ingatlah orang yang tersayang. Yang telah masuk duit dalam sampul 2, jgn lpe lak sy nk juge..hehe~..Bagi yg da berkeluarga, jgn lupe tunaikan zakat fitrah anda pada kaunter2 yang berdekatan ea. Cepat2 sebelum terlambat!
Jangan lupe gak pi ziarah kubur tau!... hukumnya sunat,.. sebenarnya ziarah kubur ni xde waktu melawat khusus (xmcm sepital).. tujuannya adalah untuk lupe sket seronok dunia, ingat sket hidup x lama, mati da dkat, akhirat selamanya..
Ape-ape pun,. 0-0 la ek.. terimalah pantun rekaan sendiri ikhlas dari lightseeker..=)
Takbir raya bergema di angkasa,
Tandanya hari yang mulia dah tiba,
Ampun dan maaf dipinta,
Semoga terhapus dosa- dosa.
Pagi-pagi solat sunat raya,
Sebelum itu mandi dulu sunat raya,
Anak-anak yatim jangan dilupa,
Duit raya hulur-hulurkanlah.
Hehe~_maaf zahir batin_atas kesalahan yang sengaja atau tidak, dari seluruh anggotaku.. sekali lagi, Selamat Hari Raye~ ..^_^
P/s: for iium students who will be having xm, all the best 4 ya..=)..happy studying!
for muet candidates, let's give ur best for this speaking test,eh.. k, be the best!
Salam alaik~

Kuala Lumpur Time
No comments:
Post a Comment