Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera kpd seluruh penduduk alam semesta..
Suatu ketika dahulu,.. blog??.. hmm, cam best je.. mula terdetik sejenak dari suara bisikan hati kecil,..nk wat ke x??...isk, nk wat ke x ea??.. ?.. pergh~.. susahnye nak buat keputusan.. Sesungguhnya dah beberapa hari dah kepala ak memikirkan nak buat blog tpi masih tangguh-menangguh… nk kate terrer IT, x amek kos IT pun kat IIUM, nk kate hebat berpuisi, mmg x la jgak,.. nk kate berkeyakinan tinggi dan berkaliber, x jgak,.. nk kate berpengalaman, masih mude ag,.. hai, cmne ni??.. xpela, tgguh dlu la,.. buat mase ni, sume bendenye x je,katekn jelah XNK!!..huhu~.. (hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih)..
Alhamdulillah, skrg terciptalah satu lembaran sejarah yg penting pada 15 September 2009, bersamaan 25 Ramadhan 1430 Hijrah.Akhirnya ,tiba juga aku di arena blogging nieh, sambil ditemani beberapa ekor ( bkn ekor sahaja naa.. badan pun ade la..haha~) makhluk Allah bergelar kucin… well~ at least, dis will be my 1st masterpiece..^_^.haha~.. sungguh ku x sangka, setelah lama menyimpan hajat, akhirnye Allah berikan jua saya peluang untuk berblogging pada masa ini.Inilah dunia maya yang mana tampak memberi kesan yang x skit bnyk, x bnyak sikit pada alam realiti kita, sama ada kita sedaq atau x ja (ye ke?). Tapi, semuanya sementara belaka.Masakan tidak, akhiratlah yang kekal abadi tiada penghujungnya, tetapi dunia yang hina- dina ini sementara je.. macam tempat singgah utuk kumpul bekalan (iman dan taqwa) ke sana je..~ dunia untuk akhirat, bkn dunia utk dunia..~.. fikir2knlah~.. dan timbalah ilmu sebanyak mungkin kerana untuk hidup di dunia atau akhirat atau kedua2nye, anda perlukan ilmu pengetahuan.”Sesiapa yg inginkan dunia hendaklah dia berilmu, sesiapa yg inginkan akhirat hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang inginkan dunia dan akhirat hendaklah berilmu.”
Cakap pasal blogging nie, sy bknlah cbe nk jadi blogger terbaik di dunia tapi cuba untuk menjadi manusia yg lebih baik dari semalam dan makin baik pada esoknya, begitulah seterusnya. InsyaAllah.harap blog ni dapat membawa lebih manfaat dan kurang mudarat pada kita dengan izin Allah. Komen pasal blog kwn2 saya,. bak kata Astro, mcm2 ade..Sebenarnya, sblm buat blog nie, sy da kaji blog2 org len. Yg bervariasi.. pergh~.. mantop sekali sumenye.. terkezut ak..
Ade yg bersifat islamik blognye, ade yg cerite kehidupan seharian, ade gak blog yg dibuat namun telah diblock oleh pihak2 tertentu, ade gak blog pasal nasihat, ade gak berceloteh ttg pandangan peribadi masing2, ramai gak kreatif berkarya… jadi, mcm2 ade.. jika dibaca sume blog kwnku, mmg best2 belaka..Hmm.. bkn mudah nak susun kata2 agar jadi madah bicara yang bisa menyentuh hati2 manusia.. mcm2 ‘perasaan’ ade terselit dlm setiap perkataan di sana.. ak pnye blog??..hehe.. ntahla~.. Just be urself,we’ll look n see.
Tujuan buat blog:
1. Mendapat keredhaan Ilahi
2. Memanfaatkan masa dgn lebih efektif serta menggunakannya secara lebih bermanfaat, berbanding asyik menghadap lappy sambil merapu dan selalu on9 je di “mukabuku”. (astaghfirullahalazim).
3. Membina keyakinan diri dan memperbaiki diri sy yg serba kekurangan.
4. Platform untuk kongsi idea dan pengalaman bersama kawan2 dan berdiskusi ttg isu2 semasa dan maklumat2 sedunia.
5. Medan meluahkan perasaan tanpa sebarang pertumpahan darah.
6. Ruangan siber untuk muhasabah, refleksi, koreksi diri.
7. Tempat nasihat-menasihati sesame kita.
8. Memantapkan skill2 spt menulis, membaca, mendengar dan paling penting bercakap sambil cuba mengekspresikan diri ( bagi aku la, korg ak xtau,.. tulis lagi senang dari berkata2, dan kata2 i2 lagi mudah dari perbuatan, setuju x??).
9. Mematangkan pemikiran dan mengalakkan minda2 yang kritis dan rajin membaca.
Harapan serendah bumi diri nie,menyaksikan diri ini menjadi hamba Allah yg bertamadun, soleh dan bertaqwa padaNya..,dan harapan setinggi langit ( nothing is impossible with Allah’s will, k!) umat Islam kita kembali bangkit dari dibuai mimpi indah, dari leka di zon selesa dan lembah kehinaan kpd zon pengabdiaan kpd Allah dan lembah kerahmatanNYa, dari fikir dunia yang sementara kepada kehidupan hakiki lagi kekal abadi… (Mampukah aku ??.. hanya Tuhan saja yang tahu.) InsyaAllah..Ayuh, mari kita atur langkah, awasi gerak, pk strategi, untuk bina semula zaman keemasan- kegemilangan umat Islam yang kian pudar dari memori kita (adakah kau lupa??).. ak teringat sebuah nasheed yg sentiase terngiang2 kat telinga ak sblm kuar dpd SMAI dlu:
“Umat Islam harus cemerlang mesti lbey baik dri semlam… dri semalam… jgn buang masa, kita ada Allah Maha Kuasa.. siapa kata kita tidak boleh, kita punya kuasa tenaga..umat Islam sentiasa boleh”
Satu ag..
“Masanya telah tiba, kita semua bgn bersama.. membela agama tercinta.. umatmu kini sdg merana .. jgnlah kita lpa.. peranan umt manusia seruan segala ulu-gala.. sudah lama memanggil kita.”
Renung2kanlah!!
“.. sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur).” Ali-Imran, 185
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada ma’ruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” Ali-Imran,110
Perasaan setelah ade blog:
1. Sedih- kena update sokmo, kurang la sket masa senggang kite.
2. Cuak- biase ar 1st time
3. Konfius- xtau nk gna bhase ape, dll..( maaf sbb bkn bahasa baku..hihi~)
4. Syok @ gembira - makaseh kpd sherr ( seorg debater yg bijak, berlesung pipit di pipi yang mendesak aku wat gak blog nie..huhu~).. Jazakallah khair.. yeeehaa~..pasni, bley ar blanje ak.. yay2!.. ak da ade blog..
Pengembaaraan bermula!!~
Walaupun dgn bermacam2 cabaran, halangan, batasan, ujian dan musibah pada tahun nie spt, alhamdulillah.. hidupku ini dapat diteruskan..Bagi ak, sem 1 nie sbg seorg second year di CFSIIUM nie lah paling best ( setakat nie la, but I think the best is yet to come from me, perhaps, us!).. walaupun x dpt gi ovc especially UK spt mana pernah diidam-idamkan, memang tersirat 1001 hikmah yang Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Kat CFS nielah ak dpt mengenali ramai kawan2ku yang cemerlang belaka, kawan2ku yang Islamik, dapat belajar BI yang high standard, pelajari ilmu agama serba sedikit, dan lain2 ( tempat lain, mana mau cari ma??).. sehinggakan ak yakin klu x g ovc, CFS nie lah yg terbaik utk korg gi kat Malaysia nie..hehe~.. Memang benarlah firman Allah dlm Al-Qur’an yg bermaksud: “tak semestinya perkara itu baik,maka baik lah untuk kamu dan tidak semestinya perkara itu tak baik, tak semestinya benda itu tak baik untuk kamu”. Ak dan grupmates ak kat CFSIIUM nieh( gp 3) mcm2 telah kitorg hadapi:
Antaranya ialah:
H1N1 – isu virus yang pandemic yg telah serius menular dalam kalangan rakyat Malaysia. Virus yang telah bermutasi ini mampu membunuh sesiapa sahaja. Ramai pelajar CFS yang disuspekkan, x kurang juge yang demam panas, lelah, selsema, batuk2, sengal2 badan dan sebagainya. Mereka mendapat MC dlm 2-7 hari bergantung pada kondisi pesakit. Ade gak yg dikuarantin di Fatimah College (dahulunya UKC 2). Semua i2 mungkin ujian dpd Allah dan juge kafarah kpd kite untuk menghapus dosa. Suatu ketika, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.” (amek dari blog org). Akan tetapi, tatkala bnyk2 universiti lain ditutup, cfs tidak ditutup malah pembelajaran berterusan spt biasa. Hal ini menimbulkan ke”tidak puas hati”an beberapa pihak, namun mereka tetap bersabar kerana yakin ade hikmahnya. Dan sudah tentu ada, kitorg dapat menikmati cuti2 spt biase tanpe perlu dianjak tarikhnye, belajar pun tetap belajar, xle xtau nk wat ape2.(kn2?.. ye x?)
Sambut hari jadi miss – meraikan ulang tahun kelahiran seorg guru mmg cukup bersejarah sekali..haha~
Tadarus bersama – Alhamdulillah da sempat khatam sblm balik beraye…kerjasama yang mantop telah diberikan… syabas!
Tazkirah Ramadhan – bros n sis khusyu’ mendengar sambil cuba mengambil input terbaik utk diaplikasikan dlm kehidupan. Kdg2 mdm pn ade gak join dengaq skali.
Iftar kelas @ gp – kenyang makan mcm2, paling best, pizzalah!.. tpi, tazkirah yg ditangguh x sempat habis la~..
Dan juge:
Maths- Miss kami suka tulis nota maths kat depan kelas, n tanye soklan pade pelajarnye,.. ade satu tagline yg beliau suke gne.. “keyakinan ade, jawapan kurg tepat”.. ayat 1st selalu maintain jer, ayat 2nd sering kali kitorg dimodify.. overall, best ar blaja maths.. bygkn ar, sy maths mase sem 1, pnya la ssah nk wat assgnment (padahal sejak dri skola ag..=P), tambah2 nk skor maths mmg agi la payah. 2pn, syukur I managed an A- for maths 1..huhu~.. target final maths 2: A.. lpas ni, xde da la bljaq maths lagi.. sdey2~
Bio- mdm yg mengajar kami petah berkata2, n seorg saintis menjadikn ak smgt utuk belajar.. byk pengalaman dan pengetahuan yang telah dikongsi mdm kami nieh, dari M’sia ke overseas, dari drosophila hgglah ke fauna, dari virus hingga biotech..namun, markah midsem kitorg masih kurg hebat, I guess.. sbb pengajaran beliau da ckup bagus, namun tah ape kitorg wat kat kelas ntahla.. MasyaAllah~..nk A gak!
Physics- subjek yg sukar tapi aku minat gak time skolah dlu,.. tapi xde lak sem nie.. xpela.. sem dpn ade kot.. haha~
Chem- ni spesel, mdm nik suke tanye kitorg time kelas, mula2 ak tgk ramai yg tkut nk jawab,.. jadi ak cbe la jwab.. ( konon hero la..haha~).. nseb baik jwpn yg diberi betul.. skrg, ramai gak la yg da mula berani menjawab stlah diajukn soklan..peraturan kelas, dtg awal @ on-time, klu x, kunci kelas.. stkat ni, xdela yg kena kunci kat luar. Syukur~.. ni klu x A,..(tuut)
Bio Lab- alamak!.. Report bio..shhhh.. mcm besa la.. sehari sblm anta, @ mase nk anta bru start nkwat.. besa la lumrah benda2 lab nie..cmenye ade sehari 2, ak terlepas kate sumthing. Dipendekkan cerite, jadi miss bio lab ( handle gp7 tp turut mengajar kmi) pn terasala.. sampai terkeluar.. kalimat begini. “Harap je pakai songkok, eii.. mulut dia,***… awak fail xm final awak!!!”
Ak pn tunduk malu sambil terkelu dek x menjaga mulut. 2la, jagalah mulut anda…. Jgn sampai terlalu suka berkata2, terlupa pula kita akan sifat hati manusia – mudah terluka..Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..isk3, astaghfirullahalazim..Tpi xpe da, mintak maaf da.. 2la, kptgn mnjaga mulut dan bermaaf- maafan sesame kita. Kita, kdg2 tidak menyedari bahawa apa yang kita kata secara suka-suka, i2 bakal melukakan hati manusia @ tidak.. maka, jagalah mulut kita ek.. jgn kerana mulut kite x dpt masuk syurga.. Nauzubillah..
Hehe~.. Oleh hal yang demikian, ak bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang merasai ni’mat kehidupan, dan keislaman yang mane kedua2nya saling melengkapi. Hitam putih kehidupan selama ini telah, sedang dan bakal mendidik ak spy meng’improvekn’ diri dari masa ke masa. pengalaman demi pengalaman ditimba menjadikan ak lebih matang dalam segenap penjuru kehidupan.
Berubahlah kita ke arah kebaikan! We need to change, coz it’s the change we need. “Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.” Only I can change my life. No one can do it for me.” - Carlo Burnett
Hayati setiap saat kehidupan anda.“Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don't wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it's at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savoured.“ -Earl Nightingale
Ingat, peranan kita. ”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: ”Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”. Tuhan berfirman: ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Al-Baqarah:30).
Sementara Ramadhan masih berbaki beberapa hari, marilah kita tingkatkan amalan agar tercapai maksud taqwa dalam puasa yang diwajibkan atas kita dan umat-umat terdahulu. Sebelum ke penghujung Ramadhan, hitunglah sejauh mana iman dan taqwa kita kepada Allah?.Carilah malam ‘lailatul Qadr’ terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ia merupakan hari yang sangat istimewa dalam setahun, bahkan menjadi rahsia Allah agar kita tekun beribadat kepadaNya. Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah sangat besar kalau seseorang menemui malam tersebut iaitu lebih baik dari beribadat 1000 bulan. Maka, janganlah lepaskan peluang Ramadhan kali ini untuk mendapatkannya. Bukankah kita telah mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna? Inginkah anda membiarkan Ramadhan berlalu begitu saja?
Dalam pada itu, di kesempatan ini, sy ingin mengucapkan takziah kpd keluarga Allahyarhamah Puan Norizan Bt Baharudin yang telah pulang ke rahmatullah baru2 ini. Cikgu kimia yg kami kasihi ini pergi buat selamanya setelah melawan kanser yang dihadapinya. Semoga cikgu ditempatkan di syurga bersama org2 yg beriman.(ameen~)..Maksud firman Allah dlm surah Al-Baqarah ayat 155-156.."Dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kpd org2 yg sabar..... sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNYalah kami kembali".. Wallahu’alam.
Akhir kalam, Subhanallah..cemerlang!! ingatkn intro nk wat pendek2 jah.. tapi 2la terpanjang plak jadi entri yang ulung ini,apekan daya~.. bnyk idea yg Allah limpahkan kpd penulis nie,..harap2 apa yg disampaikan bukan berfungsi sekadar bahan bacaan sahaja, tetapi dapatlah difikir2kan, direnung2kan dan diamalkan bersama..insyaAllah. sbrg komen @ kritikan konstruktif amatlah dialu-alukn..
Minta maaf segala salah dan silap sama ade sengaje ataupun tidak.. doa’2knlah kebaikan sesame kita~ ek..yo, peace k!!.. jumpe agi..~
Bak kate bang Bil: Lu org ade telinga, lu org dga, lu org ade mulut, lu org jage, lu org ade muke, lu org cuci, lu org ade otak, lu org pk ar sendiri.
All the best for exam, selamat study.. n selamat berpuase!!!..=)
Salam alaik~

Kuala Lumpur Time
No comments:
Post a Comment